..::Me IsLaMi::..

Sabar itu dikatakan separuh daripada iman kerana orang yang sabar itu mereka sabar kerana Allah SWT semata-mata kerana balasan daripada Allah itu indah..di dunia mahupun di akhirat..


Antara kelebihannya di dunia mahupun akhirat ialah..

*Allah menyertai orang-orang yang sabar. Surah al-Baqarah, ayat 153:

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”



*Allah sayang kepada mereka yang sabar. Surah Ali Imran, ayat 146:

“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai dengan oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”


*Orang-orang yang sabar memperoleh berkat yang sempurna, rahmat dan petunjuk. Surah al-Baqarah, ayat 155-157:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.”


*Memperoleh pahala lebih baik dari apa yang dikerjakan. Surah a-Nahl, ayat 96:

“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”


*Pahala dicukupkan tanpa batas. Surah az-Zumar, ayat 10:

“Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. “


*Dijanjikan pertolongan Allah SWT. Surah Ali Imran, ayat 125:

“Bahkan (mencukupi dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”

*Memperoleh darjat kepimpinan dalam agama. Surah As-Sajadah, ayat 24:

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. “


*Dipuji Allah sebagai manusia utama. Surah As-Syura, ayat 43:

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). “

*Dilindungi oleh Allah dari tipu daya musuh.Surah Ali Imran, ayat 120:

“Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan.”


*Layak masuk syurga.Surah al-Insan, ayat 12:

“Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.”
 

*sumber:Al-Quran Mengajar Kita Sabar,Dr.Yusof Qaradhawi

*Fardhu(wajib)

–Sabar dalam melakukan yang wajib dan meninggalkan yang haram

*mustahab(baik)

–Sabar dalam melakukan yang tidak wajib(mudah) atau sunnah

*Makruh

–Sabar terhadap penderitaan diri dan keluarga dan tidak berbuat apa-apa
–Sabar terhadap gangguan yang dianggap makruh oleh syariat.

*Haram

–Sabar terhadap pelanggaran susila terhadap keluarganya tanpa melawan sedangkan mampu

*Imam Al-Ghazali dalam Al-Ihya(Ihya Ulumuddin jilid IV hal.69)
*susila=adab,kehormatan/maruah

gambar hiasan cendawan masak air

Bahan-bahan:

Cendawan secuku rasa(kupis2/kecil2kan)

Garam secukup rasa

Air secukup rasa

Lada besar(hiris)

Bawang putih secukup rasa

Daun kunyit secukup rasa(potong2)

Cara Memasaknya:

#Campur semua dan tunggu mendidih..then,makan..insyaAllah..

1. Membebaskan akal manusia daripada unsur paksaan dan taqlid(ikut secara membuta tuli).Firman Allah SWT dalam surah al-isra’, ayat 36:

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran           dan   penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

2. Menganjurkan manusia berfikir bagi memperolehi ilmu tentang islam.Firman Allah SWT dalm surah Nuh, ayat 15-18:

 

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati) dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?”


3.Memperkenalkan metod mencari kebenaran dengan mengkaji kejadian alam. Firman Allah SWT dalam surah an-nur, ayat 45:


“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”


4.Menjelaskan penyelewengan agama lain. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat 30:


“Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?”


5.Memperkenalkan Islam melalui sumber Qudwah Hasanah(contoh ikutan) iaitu para Rasul Allah dan nabi Allah.Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 21:


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”


Bila bercerita mengenai pasangan yang akan berkahwin ini memanglah seronok mendengarnya kerana apa..kerana mereka akan menuju alam yang dikatakan alam yang amat membahagiakan atau dalam ajaran islam berkahwin itu melengkapi sebahagian daripada agama.Walaubagaimanapun, Allah telah memberi manusia nafsu, maka Allah juga menganugerahi manusia akal dan iman(kenalah disuburkan) untuk mencari ilmu agama dan mengamalkannya.Kenapa kena menuntut ilmu?Ya,kerana untuk mengawal hawa nafsu yang membuak-buak.Contohnya,Allah yang menjadikan manusia nak makan,makan untuk ‘refresh’,tetapi Allah juga memberi kita akal untuk berfikir ,”mesti kena berhenti,takkan nak makan terus…”,seterusnya iman berfungsi mengawal syaitan yang mempengaruhi nafsu dan akal untuk makan banyak,”makan lagilah..sedap ni..”,seterusnya anda menjadi pemalas dan ibadat kecil anda tinggalkan,lama-kelamaan  yang besar..nauzubillah.Sama seperti dalam menuju pernikahan,selagi belum berkahwin,antara lelaki dan perempuan itu tetap haram seperti biasa ,yang membezakan mereka berdua ialah mereka boleh berhubung untuk berbincang mengenai perkahwinan yang bakal tiba sahaja,bukan menyampaikan rindu masing-masing.

Saya ingin berkongsi sedikit mengenai persoalan dan jawapannya mengenai orang yang bertunang ini,yang pertama apabila seseorang itu sudah bertunang,bagaimanakah cara perhubungan yang mereka sepatutnya amalkan,apakah perlunya kami mengenali hati budi masing-masing?macam mana caranya?,jawapannya begini,si lelaki hemdaklah datang melamar kepada ibu bapanya atau kepadanya awal-awal atau melalui perantaraan sahabat(perempuan juga),yang penting mesti wujudnya kepentingan ibu bapa di situ.Kalau hendak mengenali hati budi,lelaki tersebut datanglah ke rumah, tidak perlu bermesej panjang,beremail dan berbicara mengenai rindu kerana mengenali hati budi bermaksud mengenali akhlak islamnya, dan cukuplah berdoa dan usaha itu,tidak perlu berlebihan kerana kena yakin lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya,itu adalah janji Allah.Lagipun, setelah berkahwin pun,proses mengenali hati budi tidak pernah berakhir…Allahua’lam

Itu sahaja perkongsian daripada saya yang dhaif,andai salah,tegurlah…dan andai saya betul,sama-samalah kita amalkan.Jagalah agamamu(Allah),insyaAllah,Allah akan menjaga dirimu.

Lailahaillallah iaitu tiada tuhan selain Allah, tahukah anda betapa besarnya hikmah disebalik kalimah tersebut. Dengan menyebut kalimah ini sahaja bulu roma akan meremang kerana kita sedang mengakui Allah sebagai penguasa segalanya,tiada Tuhan selain Allah…tuhan itu maksudnya raja segalanya, yang mengawal segalanya, tiada yang lain berkuasa.Kita juga sering mengamalkan kalimah tersebut selepas solat atau bila-bila masa sahaja yang mana membuktikan pentingnya kalimah tersebut sebagai peringatan segala yang kita lalui dalam kehidupan seharian kita,di sini ingin saya berkongsi antara khasiat kalimah ini:

  • membersihkan diri daripada syirik samada syirik kecil atau syirik besar,ya kerana syirik kecil seperti riak,apabila ibadah yang dilakukan dipenuhi dengan perasaan riak boleh membawa kepada ihsan apabila kita mengetahui bahawa tiada yang lebih baik berbanding Allah..riak itu hanya sifat Allah sahaja.
  • kalimah ini juga menafikan atau menidakkan 4 perkara iaitu,alihah iaitu sembahan lai melainkan sembahan kepada Allah semata-mata,selain itu,kita juga telah menafikan arbab iaitu penghukum dan pengatur yang lain selain Allah tetapi tidak bermaksud kita tidak patuh kepada pemerintah negara,tetapi kita kena ingat bahawa Allahlah yang berhak menghukum manusia dan mengatur sesuatu hal,kita sebagai hambaNya hanya menuruti perintahnya,termasuklah pemimpin yang memimpin kita hendaklah orang yang membawa hukum Allah yang bersumberkan al-Quran dan sunnah dan seterusnya, wajiblah kita mentaati apa yang disuruh oleh pemerintah.Seterusnya, ardud yang bererti tandingan atau sekutu bagi Allah,Allah itu jauh daripada segala jenis sekutu,firman Allah dalam surah yusuf, ayat 2,”Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”.Dan yang keempat iaitu, thaghut iaitu yang melampaui batas.Kita tidak boleh melampaui batas dalam apa jua yang dilaksanakan,agama uslam sendiri merupakan agama yang memberi tanggungjawab yang bersifat sederhana kepada penganutnya dan sesuai dengan fitrah.

 

 

To You, the creator, I raise my longing…

And Even if I am an evildoer, a criminal, O a possessor of kindness and generosity!

When my heart become constricted

And my paths become narrow…

I took my hope in YOUR PARDON and forgiveness as I can escape..

You are and still remain the only one who can forgive my sins…

Your grant and forgive out of your benevolence and generosity…

Are you not the one who has provided for me and guided me..?

And have you not ceased being gracious to me and full of favours..?

Wishing that the beneficient one will forgive my mistakes

And cover up my crime and what has gone forth…

So if You forgive me, You have forgiven a SINNER..

A rebellious, appressive, tyrant still sinning..

And if You have to seek revenge from me,

I would not despair…

Even if  they entered my soul into Jahannum due to my sins..

Eloquent when he make mention of his Lord…

And in the mention of others than Him, he is not(eloquent)..

He says:

“My Beloved(O God!), You are what I request and desire,

You are enough of a longing & benefit for those who have hope,

I protect my love,lest my desires should spoilt it,

And I preserve the contract of love, lest it be defiled,

In my wakefulness is yearning and in my slumber is destiny,

That’s pursuing my footsteps in ecstacy,

My crime(sins) are great, past and present…

But….your forgiveness comes to the servant, more exalted and more great”…THE GREATEST OF ALL…





Me

I love islam because I love Allah..
Allah said."Innaddin 'Indallahil Islam"...
satu-satunya jalan menuju Allah ialah Dakwah...
~~SMiLe AlWaYs..~~

..::AhlaN WaSahLaN::..

my/our calendar

August 2017
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

kucing Ketawa

Devilish cat Pictures, Images and Photos ketawakan den sebab den lalai...

::DeMi MaSa::JaNGaNLaH RuGi::

%d bloggers like this: